Monday, October 12, 2009

kasih ibu membawa ke syurga

al kisahnya..petang ni boring sangat keje hinggala datang seorang client..

makcik ni lingkungan 60 tahun...muka lebam dan da kesan luka..mulanya saya mintak kad pengenalan tapi makcik tu lupa bawa.makcik tu mulakan cerita...
"makcik ada 11 anak...tapi anak makcik halau makcik dari rumah sebab rumah yang makcik tinggal tu atas nama anak makcik.rumah tu bekas suami makcik bagi untuk anak makcik tapi sekarang makcik tak ada tempat tinggal..sekarang makcik terpaksa menumpang di rumah adik makcik.anak-anak lain masih ada yang tinggal dengan makcik.makcik jaga kesemuanya selepas berpisah dengan ayah diaorang...sekarang makcik hanya jual kueh dan bela ayam."

selepas berjumpa dengan pegawai..
tuntutan makcik tu tak dapat di teruskan kerana atas nama anaknya ..kecederaan yang makcik tu alami adalah disebabkan oleh bekas suami yang memukul makcik tu guna hammer..anak makcik tu menghalau makcik tu dengan membuang segala pakaian dia kerana duit baki rm15 ribu belum dapat dari hasil jual rumah yang makcik tu tinggal..

kat sini kita bukan bercakap pasal hak..tapi..
apakah hak ibu kita yang selama ini membesarkan kita di halau oleh kita sendiri,di hina,di pukul..sanggupkah kita melihat ibu kita diperlakukan sebegini? tak kirala ibu mertua atau ibu kita...yang penting kita juga perempuan...kenapa kita sendiri tidak menilai hati seorang perempuan?

cerita dari client

No comments:

Post a Comment