Sunday, April 18, 2010

Permata Hatiku

AINUL SYIFA
AAmanah
IIkhlas
NNaif
UUntung
LLemah-lembut
SSuci
YYakin
IIdealistik
FFleksibel
AAlim
Apa ada pada nama?

Wednesday, October 21, 2009

tercipta untukku




untuk suami tersayang.................

menatap indahnya senyuman diwajahmu membuat ku terdiam dan terpaku

mengerti akan hadirnya cinta terindah

saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu

aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku

disetiap langkah yang meyakiniku kau tercipta untukku

sepanjang hidupku

meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragakuku ingin kau tahu ku slalu milikmu yang mencintaimu sepanjang hidupku aku ingin engkau slalu hadir dan temani aku disetiap langkah yang meyakiniku kau tercipta untukku meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragakuku ingin kau tahu ku slalu milikmuyang mencintaimu sepanjang hidupku.............


Monday, October 12, 2009

kasih ibu membawa ke syurga

al kisahnya..petang ni boring sangat keje hinggala datang seorang client..

makcik ni lingkungan 60 tahun...muka lebam dan da kesan luka..mulanya saya mintak kad pengenalan tapi makcik tu lupa bawa.makcik tu mulakan cerita...
"makcik ada 11 anak...tapi anak makcik halau makcik dari rumah sebab rumah yang makcik tinggal tu atas nama anak makcik.rumah tu bekas suami makcik bagi untuk anak makcik tapi sekarang makcik tak ada tempat tinggal..sekarang makcik terpaksa menumpang di rumah adik makcik.anak-anak lain masih ada yang tinggal dengan makcik.makcik jaga kesemuanya selepas berpisah dengan ayah diaorang...sekarang makcik hanya jual kueh dan bela ayam."

selepas berjumpa dengan pegawai..
tuntutan makcik tu tak dapat di teruskan kerana atas nama anaknya ..kecederaan yang makcik tu alami adalah disebabkan oleh bekas suami yang memukul makcik tu guna hammer..anak makcik tu menghalau makcik tu dengan membuang segala pakaian dia kerana duit baki rm15 ribu belum dapat dari hasil jual rumah yang makcik tu tinggal..

kat sini kita bukan bercakap pasal hak..tapi..
apakah hak ibu kita yang selama ini membesarkan kita di halau oleh kita sendiri,di hina,di pukul..sanggupkah kita melihat ibu kita diperlakukan sebegini? tak kirala ibu mertua atau ibu kita...yang penting kita juga perempuan...kenapa kita sendiri tidak menilai hati seorang perempuan?

cerita dari client

Saturday, October 10, 2009

JANGAN TAK ENDAH.....H1N1


PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan pada 1998

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di
http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. • Jangan pergi ke sekolah;• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;• Tidak bangun dan berinteraksi;• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema
http://www.moh.gov.my/

Monday, October 5, 2009

iktibar

kasih pada anak tiada terbelah bahagi...19 tahun lalu anak perempuan ini di tatang bagai minyak yang penuh...namun anak ini jugalah yang menconteng arang dan menggadai maruah ibu dan bapanya..

seorang lelaki tua datang,,umurnya lebih kurang dalam 60 tahun lebih.pandangannya sudah kabur,kata-katanya tersekat-sekat seolah-olah malu untuk menceritakan perihal anak gadisnya.
lelaki itu memulakan bicara..
rupanya anak gadisnya ada melahirkan ank luar nikah.kisahnya..
anak lelaki ini asalnya bukanlah gadis yang liar,tetapi setelah berkenalan dengan seorang lelaki yang telah berkahwin itu anak gadis lelaki itu mulai berubah..dari seorang yang suka terperap di rumah. gadis itu malu pulang lewat malam dan sering mengeluarkan kata2 kesat pada ibu bapanya..
kecurigaan mulai timbul kerana suatu hari lelaki tua itu terjumpa sejenis ubat(pil perancang) dalam beg sekolah anak gadisnya..bila di tanya,gadis itu hanya memberikan jawapan itu ubat kawan.perbuatan gadis itu akhirnya terbongkar apabila dia mengadu tidak sihat dan disahkan hamil oleh doktor..
hancur berkecai hati lelaki tua itu...namun semua telah berlaku...kasih sayang pada anak tidak terbelah bahagi..dakwaan di buat terhadap lelaki yang merosakan anak gadisnya.setelah gadis itu melahirkan anak,gadis itu hilang keupayaan kerana pengambilan ubat yang merosakan sistem saraf yang mengakibatkan kelumpuhan.(ubat itu di beri oleh lelaki yang telah merosakan gadis itu)kes masih berjalan di Mahkamah

petikan dan olahan cerita client

Wednesday, September 30, 2009

ish....

em dua hari ni keje banyakla...tapi sempat juga saya nk post kat blog ni...alkisahnya..keje saya ni tak la berat tapi yang berat tu masalah orang..dulu awal2 ingat sekadar keje tapi penyakit berjangkit client saya memberatkan kepala saya sedikit demi sedikit.

kesian
client pertama saya ni seorang suri rumah tangga..orangnya masih cantik,masih bergaya...dari kaca mata saya keterampilan wanita ini cukup sempurna..tapi apa yang kurangnya?
saya mula mengambil keterangan.
kisahnya...wanita ini telah berkahwin selama hampir 10 tahun.namun sejak suaminya beristeri 2 kehidupan wanita mula berubah.dari seorang yang penyayang suami wanita ini menjadi bengis dan panas baran.wanita ini meneruskan kisahnya dengan linangan airmata..
"kak tak kisah dia berkahwin lg tapi sikapnya yang sering memukul saya dan anak2 buat kak tak tahan lagi..nafkah apatah lagi...siang malam dia bergayut macam orang bercinta..sedangkan kak dan anak2 tak cukup makan dia tak ambil kisah.depan mak sendiri dia pernah memaki hamun akak,"luahan wanita itu.
"dia ada kata...kalau kak keluar rumah cari kerja akan tertutup terus pintu rumah mereka untuk wanita itu..."cerita wanita itu..sememangnya wanita ini telah keluar cari kerja kerana kesempitan kewangan dan keperluan anak2.
atas nasihat pegawai... dan keterangan yang saya ambil...wanita itu di nasihatkan untuk buat pengesahan lafaz cerai di mahkamah.
pagi ni saya terima panggilan dari wanita yang sama...dia kata cuma nak berkongsi cerita dengan saya..sebagai yang menjalankan tugas dan amanah saya mendengar luahan wanita itu.
"puan...pagi ni kak terjumpa gambar bogel adik ipar kak dalam wallet suami ",..tersedu-sedu wanita itu meluahkan perasaan.apa salah saya sampai begini suami saya sanggup buat pada saya!pada awalnya saya terkedu.namun saya sempat memberi pandangan agar wanita tersebut menyimpan gambar itu sebagai bukti.tapi dia perlu meneruskan permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah.ish... pa nak jadi
untung nasib seseorang hanya Tuhan yang tahu..ini nasib orang...nasib kita tak tahu lg..ni baru satu cerita da lg di blog akan datang...

kisah ( menempah jalan ke neraka)

empat tahun lalu pernikahan itu berlangsung...atas rasa cinta dan kasih sayang isteri dan suami di satukan.isteri berkorban segalanya dan suami bekerja keras asalkan kebahagian itu milik bersama..cinta..tiada yang lain di harapkan dalm hati masing-masing asalkan hidup bersama hingga akhir hayat..
sepurnama melayari bahtera...isteri dan suami di khabarkan akan mendapat cahaya mata..indahnya hidup ini..lengkaplah rumahtangga yang di bina selama ini..

seharian melayari kehidupan...masa yang sama,tempat yang sama..makan minum ,,,anak isteriku..si suami menjalani kehidupan seharian...dimata hanyalah duit..untuk kemewahan si isteri dan anak.kerja dan kerja sibuk hingga terlupa masa untuk isteri...namun hati si suami hanya untuk isteri dan anak..
dan isteri..setiap hari hanyalah rutin yang sama,,masak,membasuh,telefon suami,hantar anak ke sekolah..pejabat!"suamiku lupa tarikh lahirku,tarikh perkahwinanku,sekali sekala ingin sekali berbicara tentang anak pun sukar!!duit cukup,makan cukup,pakaian ,kereta...apa yang kurang?perbalahan demi perbalahan !!"apa yang awak nak?"semua cukup!!curang pun tak pernah!!nak layanan seperti dulu?kitakan dah kawin!si suami menegakakn kata.si istri diam membisu...akukah yang bersalah?ingin di belai dan di manja?itulah yang bermain di benak fikiran si isteri...
si isteri mula menyibukkan diri...alasan pada diri agar jauh dari memikirkan benda yang remeh..tanpa di sedari diri diperhati...oleh seorang jejaka..bunga ,kad,birthday...lebih dari suami..tak dia hanya kawan...fikir si isteri.
namun saban hari diri di rindui,di ingati..makan bersama...minum..hadiah...si isteri terbuai rasa cinta...suamiku malam baru ada...seperti biasa tarikh perkahwinan si suami lupa...tarikh lahir isteri suami lupa..

si isteri mula melupai tanggungjawab...mulai keluar rumah "dating"!
dan maruah tergadai pada jejaki tersebut...

si suami mula mencurigai...salahkah diri mencari kemewahan untuk dr dan keluarga...
salahkah isteri yang dahaga kasih sayang dan belaian?



Rindu Bayangan

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi( korus )Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukanOoh..oh..inilah ragam manusiaManis di bibir pandai bermain lidah
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan


dr cerita client:Biro Bantuan Guaman