Wednesday, September 30, 2009

ish....

em dua hari ni keje banyakla...tapi sempat juga saya nk post kat blog ni...alkisahnya..keje saya ni tak la berat tapi yang berat tu masalah orang..dulu awal2 ingat sekadar keje tapi penyakit berjangkit client saya memberatkan kepala saya sedikit demi sedikit.

kesian
client pertama saya ni seorang suri rumah tangga..orangnya masih cantik,masih bergaya...dari kaca mata saya keterampilan wanita ini cukup sempurna..tapi apa yang kurangnya?
saya mula mengambil keterangan.
kisahnya...wanita ini telah berkahwin selama hampir 10 tahun.namun sejak suaminya beristeri 2 kehidupan wanita mula berubah.dari seorang yang penyayang suami wanita ini menjadi bengis dan panas baran.wanita ini meneruskan kisahnya dengan linangan airmata..
"kak tak kisah dia berkahwin lg tapi sikapnya yang sering memukul saya dan anak2 buat kak tak tahan lagi..nafkah apatah lagi...siang malam dia bergayut macam orang bercinta..sedangkan kak dan anak2 tak cukup makan dia tak ambil kisah.depan mak sendiri dia pernah memaki hamun akak,"luahan wanita itu.
"dia ada kata...kalau kak keluar rumah cari kerja akan tertutup terus pintu rumah mereka untuk wanita itu..."cerita wanita itu..sememangnya wanita ini telah keluar cari kerja kerana kesempitan kewangan dan keperluan anak2.
atas nasihat pegawai... dan keterangan yang saya ambil...wanita itu di nasihatkan untuk buat pengesahan lafaz cerai di mahkamah.
pagi ni saya terima panggilan dari wanita yang sama...dia kata cuma nak berkongsi cerita dengan saya..sebagai yang menjalankan tugas dan amanah saya mendengar luahan wanita itu.
"puan...pagi ni kak terjumpa gambar bogel adik ipar kak dalam wallet suami ",..tersedu-sedu wanita itu meluahkan perasaan.apa salah saya sampai begini suami saya sanggup buat pada saya!pada awalnya saya terkedu.namun saya sempat memberi pandangan agar wanita tersebut menyimpan gambar itu sebagai bukti.tapi dia perlu meneruskan permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah.ish... pa nak jadi
untung nasib seseorang hanya Tuhan yang tahu..ini nasib orang...nasib kita tak tahu lg..ni baru satu cerita da lg di blog akan datang...

kisah ( menempah jalan ke neraka)

empat tahun lalu pernikahan itu berlangsung...atas rasa cinta dan kasih sayang isteri dan suami di satukan.isteri berkorban segalanya dan suami bekerja keras asalkan kebahagian itu milik bersama..cinta..tiada yang lain di harapkan dalm hati masing-masing asalkan hidup bersama hingga akhir hayat..
sepurnama melayari bahtera...isteri dan suami di khabarkan akan mendapat cahaya mata..indahnya hidup ini..lengkaplah rumahtangga yang di bina selama ini..

seharian melayari kehidupan...masa yang sama,tempat yang sama..makan minum ,,,anak isteriku..si suami menjalani kehidupan seharian...dimata hanyalah duit..untuk kemewahan si isteri dan anak.kerja dan kerja sibuk hingga terlupa masa untuk isteri...namun hati si suami hanya untuk isteri dan anak..
dan isteri..setiap hari hanyalah rutin yang sama,,masak,membasuh,telefon suami,hantar anak ke sekolah..pejabat!"suamiku lupa tarikh lahirku,tarikh perkahwinanku,sekali sekala ingin sekali berbicara tentang anak pun sukar!!duit cukup,makan cukup,pakaian ,kereta...apa yang kurang?perbalahan demi perbalahan !!"apa yang awak nak?"semua cukup!!curang pun tak pernah!!nak layanan seperti dulu?kitakan dah kawin!si suami menegakakn kata.si istri diam membisu...akukah yang bersalah?ingin di belai dan di manja?itulah yang bermain di benak fikiran si isteri...
si isteri mula menyibukkan diri...alasan pada diri agar jauh dari memikirkan benda yang remeh..tanpa di sedari diri diperhati...oleh seorang jejaka..bunga ,kad,birthday...lebih dari suami..tak dia hanya kawan...fikir si isteri.
namun saban hari diri di rindui,di ingati..makan bersama...minum..hadiah...si isteri terbuai rasa cinta...suamiku malam baru ada...seperti biasa tarikh perkahwinan si suami lupa...tarikh lahir isteri suami lupa..

si isteri mula melupai tanggungjawab...mulai keluar rumah "dating"!
dan maruah tergadai pada jejaki tersebut...

si suami mula mencurigai...salahkah diri mencari kemewahan untuk dr dan keluarga...
salahkah isteri yang dahaga kasih sayang dan belaian?



Rindu Bayangan

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi( korus )Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukanOoh..oh..inilah ragam manusiaManis di bibir pandai bermain lidah
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan


dr cerita client:Biro Bantuan Guaman

Sunday, September 27, 2009

nothing gonna change my love for u


abg..
perkenalan kita bermula pada 2002..
di sebuah konvo di kolej kita..
rupa2nya kita satu sekolah..namun ku tak perasan itu...dia..suamiku
saat dilafazkan akad pernikahan
adalah saat paling indah dalam hidupku..akhirnya penantian ku selama ini menjadi kenyataan.tidak pernah ku lupa saat getir sebelum pernikahan kita berlangsung...namun semua itu ku jadikan satu memori agar ku senantiasa tabah menghadapi setiap dugaan..
sebulan selepas berkahwin..kita di kejutkan dengan berita gembira..tak ku sangka secepat ini pemberian Tuhan pada kita.Namun ku terlalu bersyukur..3 bulan lagi cahaya mata kita akan lahir.abg,kau terlalu melayan kerenah ku tanpa rasa jemu.kesabaran dengan rajuk ku membuatkan diri ini semakin sayang padamu.
sebenarnya ku selalu terasa sangat sunyi,saat kejauhan terasa ingin sekali menjalani hidup sebagai seorang isteri...tapi apa yang dapat ku tunggu hanyalah masa mendekatkan kita.entah bila ku tak pasti..tanggung jawab hidup masih meruntun kehidupan kita.
setiap hari ku berdoa,agar ada sinar bahagia selepas anugerah Tuhan ini lahir dan kita akan dapat hidup sebumbung selepas ini..ku terlalu rindu padamu..
tak ada apapun yang dapat mengubah rasa cintaku padamu

Wednesday, September 23, 2009

Perkahwinan Dalam Islam


aku terima nikahnya.................
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

BBG


Biro Bantuan Guaman


Biro Bantuan Guaman ialat salah satu jabatan kerajaan di bawah bahagian hal ehwal undang - undang di Jabatan Perdana Menteri yang menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam semua prosiding mahkamah di Malaysia bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam swasta. Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari laman web berikut : http://www.bheuu.gov.my/